Saturday, April 19, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluru berpandu China tonjol kemampuan

    BEIJING, 6 Feb – Peluru berpandu balistik China yang begitu tepat mampu mengancam pangkalan-pangkalan AS dan Jepun di Asia telah membuat kemunculan terbarunya pada latihan Pasukan Roket.

    Peluru berpandu jarak sederhana DF-16 dipaparkan dalam video yang dihantar minggu lalu di laman sesawang Kementerian Pertahanan yang memperlihatkan peluru berpandu dibawa oleh kenderaan pelancar bergerak 10 tayar yang diaturkan kedudukannya di hutan tebal ketika latihan selepas cuti Tahun Baru Cina yang baru selesai.

    Sementara Pasukan Roket memiliki kumpulan meluas peluru berpandu dengan pelbagai jarak, DF-16 mengisi peranan tertentu dalam usaha meluas China di perairan untuk mengawal dalam apa yang disifatkannya ‘rangkaian pulau pertama.’

    Gambar fail pada 3 September 2015 menunjukkan kenderaan tentera ketika membawa DF-16 melalui Tiananmen Gate semasa perarakan tentera sempena ulang tahun ke-70 akhir Perang Dunia II di Beijing. – AFP
    Gambar fail pada 3 September 2015 menunjukkan kenderaan tentera ketika membawa DF-16 melalui Tiananmen Gate semasa perarakan tentera sempena ulang tahun ke-70 akhir Perang Dunia II di Beijing. – AFP

    Kali pertama diperlihatkan pada perarakan tentera Beijing pada tahun 2015, peluru berpandu itu dipercayai mempunyai jarak 1,000 kilometer, yang meletakkannya dalam jarak ketara Okinawa, yang mana di situ ditempatkan beberapa pangkalan tentera AS, dan juga kepulauan tanah air Jepun, Taiwan dan Filipina.

    DF-16 dua peringkat menggantikan DF-11 yang lebih lama dan jarak lebih dekat, dengan peringkat akhir yang boleh menyesuaikan trajektori untuk menyerang sasaran yang bergerak perlahan dan mengelak pertahanan anti peluru berpandu seperti sistem Patroit AS yang diletakkan kedudukannya oleh Taiwan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda