Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluru berpandu sasarkan Riyadh dipintas

    RIYADH, 23 JUN – Pihak gabungan diketuai Arab Saudi yang terlibat dalam peperangan di Yaman pada hari ini mengumumkan berjaya memintas peluru berpandu balistik yang mensasarkan ibu kota Riyadh, lapor agensi berita Xinhua.

    Jurucakap pakatan itu, Kolonel Turki Al Maliki berkata peluru berpandu itu dibedil oleh puak Houthi dari kota Sanaa di Yaman dan mensasarkan orang awam, lapor agensi berita Arab Saudi.

    Beliau berkata pada malam semalam dan pagi hari ini, Arab Saudi menjadi sasaran lapan dron dan tiga peluru berpandu, semuanya berjaya dimusnahkan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda