Friday, February 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluru getah, gas pemedih mata lerai bantahan

    GAZIPUR, 9 NOV – Polis di Bangladesh menembak peluru getah dan gas pemedih mata ketika keganasan meletus semasa protes oleh pekerja pakaian yang menolak tawaran kenaikan gaji daripada kerajaan.

    Panel yang dilantik oleh kerajaan menaikkan gaji pada Selasa lalu sebanyak 56.25 peratus bagi empat juta pekerja kilang pakaian negara Asia Selatan itu, yang berusaha mendapatkan kenaikan tiga kali ganda daripada gaji bulanan mereka.

    Sebanyak 3,500 kilang pakaian di Bangladesh menyumbang kepada kira-kira 85 peratus daripada jumlah eksport tahunan negara itu yang bernilai AS$55 bilion. Kilang-kilang tersebut menyediakan bekalan kepada beberapa jenama terkemuka dunia seperti Levi’s, Zara dan H&M.

    Tetapi keadaan adalah teruk bagi kebanyakan daripada empat juta pekerja sektor itu, sebahagian besar daripada mereka adalah wanita yang gaji bulanannya bermula pada AS$75.

    Polis berkata keganasan tercetus di bandar perindustrian Gazipur, di luar ibu kota Dhaka, selepas lebih 1,000 pekerja mengadakan protes di lebuh raya untuk menolak tawaran panel itu. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda