Monday, July 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    Peluru hidup ditemukan dalam bagasi pramugari

    INCHEON, 4 JULAI – Polis Korea Selatan melakukan siasatan selepas peluru hidup ditemukan di dalam bagasi tangan seorang pramugari Korean Air semasa pemeriksaan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.

    Menurut polis lapangan terbang itu hari ini, sebutir peluru hidup kaliber 7.62 milimeter ditemukan dalam beg tangan milik pramugari itu ketika beliau mahu berlepas menaiki penerbangan Korean Air menuju Bangkok pada 7:30 pagi Selasa, lapor agensi berita Yonha.

    Polis telah mengambil peluru itu dan membenarkan pramugari itu meneruskan perjalanan mengikut jadual.

    Mereka merancang memanggilnya untuk soal siasat sebaik sahaja beliau kembali dari tugasan itu. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua askar, enam suspek militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir

    NEW DELHI, 7 JULAI – Dua anggota tentera dan enam suspek militan terkorban dalam dua pertempuran berasingan di Kashmir yang ditadbir India, menurut polis, hari...