Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pemadam terbesar di dunia sedia dijual

    JEPUN, 16 JAN – Pemadam buatan Jepun iaitu Radar S-10000 berukuran 276 x 141 x 43 mm dan berat melebihi 2.2 kilogram, menjadi salah satu pemadam terbesar di dunia, sudah tersedia untuk dikomersialkan.

    Menurut laporan Oddity Central, pembuat pemadam tersebut, Japan Seed telah diasaskan pada 1915, menjadikannya salah satu syarikat tertua dalam perniagaan. Barisan produknya yang paling popular, Radar, telah dilancarkan pada tahun 1968 dan menjadi kegemaran di pasaran Jepun. Barisan pemadam Radar semakin kukuh sejak itu, dengan pemadam pelbagai bentuk dan saiz, termasuk saiz gergasi 2,285 gram berharga 13,200 yen ($100).

    Pemadam S-10000 telah lama wujud, tetapi baru-baru ini menjadi tular di Jepun, selepas seseorang menyiarkan gambar produk tersebut di Twitter. Syarikat itu sebenarnya berterima kasih kepada mereka kerana meningkatkan kesedaran tentang produk tersebut.

    Jika awda berminat untuk memiliki pemadam 5 paun, S-10000 boleh didapati dalam talian pada harga yang disyorkan sebanyak 13,200 yen ($100). – Agensi

    Japan Seed, syarikat tertua di Jepun membuat pemadam terbesar S-10000 yang pada awalnya untuk hadiah peraduan pemadam, kini di jual di pasaran. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...