Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemain Arab Saudi terima hadiah Rolls-Royce Phantom

    RIYADH, ARAB SAUDI, 25 NOV – Pemain Arab Saudi menerima durian runtuh apabila dilaporkan akan menerima sebuah Rolls-Royce Phantom setiap seorang selepas kejayaan menewaskan Argentina 2-1 pada Piala Dunia Qatar 2022.

    Menurut laporan dipetik dari Astro Awani, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman Al Saud akan memberi hadiah itu sebagai tanda penghargaan dan ganjaran atas kerja keras yang ditampilkan oleh mereka. Untuk rekod, harga semasa bagi sebuah Rolls-Royce Phantom bernilai AS$460,000.

    Selain diberikan hadiah berupa kereta mewah kepada setiap pemain, Putera Mahkota Mohammed bin Salman juga dilaporkan akan menghadiahkan setiap pemain wang sebanyak AS$1 bilion sebagai tanda ucapan terima kasih daripada pihak kerajaan.

    Pada Selasa, Arab Saudi menamatkan rekod 36 perlawanan tanpa kalah yang dimiliki oleh Argentina yang menyaksikan skuad kendalian Herve Renard meraih kemenangan dengan keputusan 2-1.

    Ketua pasukan Argentina, Lionel Messi menyudahkan tendangan penalti susulan kekasaran yang dilakukan Saud Abdulhamid terhadap pemain tengah, Leandro Paredes. Kedudukan 1-0 kekal sehingga rehat separuh masa pertama.

    Mimpi ngeri Argentina bermula pada minit ke-48 apabila percubaan kaki kiri Saleh Al-Shehri dalam kawasan penalti selepas menerima hantaran Feras Al-Brikan berjaya membolosi gawang Argentina yang dikawal Emiliano Martinez. – Agensi

    Untuk rekod, harga semasa bagi sebuah Rolls-Royce Phantom bernilai AS$460,000. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda