Tuesday, July 15, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemain badminton Belanda perlu sentiasa cemerlang

    KUALA LUMPUR, 7 JULAI – Walaupun Viktor Axelsen dari Denmark muncul sebagai pemain nombor satu dunia ketika ini manakala Carolina Marin dari Sepanyol mencipta sejarah sebagai pemain bukan Asia pertama memenangi emas Olimpik perseorangan wanita di Rio 2016, pencapaian menakjubkan mereka bagaimanapun tidak banyak membantu untuk menjadikan badminton digemari di benua Eropah.

    Walaupun badminton ialah acara sukan yang cukup popular di Asia, namun di Eropah ia agak kurang mendapat sambutan.

    Pemain beregu campuran Belanda, Selena Piek percaya satu-satunya cara untuk menyerlahkan kehebatan badminton di Eropah ialah memastikan pemain dari benua itu untuk terus beraksi dengan cemerlang dalam setiap kejohanan.

    Piek juga berkata bahawa minat peminat sukan Asia terhadap badminton cukup menakjubkan dan amat sukar untuk melihat situasi yang sama di Eropah pada masa ini.

    “Saya sangat berharap agar ia akan berkembang di Eropah. Apabila kami datang ke sini, di Asia, terutamanya di Indonesia untuk dua kejohanan di sana pada bulan lepas, stadium tersebut sangat penuh walaupun pada pusingan pertama. Suasana itu sangat sukar untuk dilihat di Eropah,” katanya kepada pemberita di sini, kelmarin. – Bernama

    Aksi pemain perseorangan lelaki Denmark, Viktor Axelsen pada perlawanan akhir Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil pada Ahad lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda