Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemain bass Alleycats meninggal dunia

    Pemain bass kumpulan Alleycats, Frank Ong, 64, menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan, akibat kanser paru-paru tahap empat.

    Menurut teman baiknya, Farid Yahya, Frank atau nama Islamnya, Abdul Rashid Ong Abdullah dikesan menghidap kanser pada Oktober lalu dan kesihatannya mulai merosot sejak akhir-akhir ini.

    “Alhamdulillah, segala urusan pengebumian dipermudahkan. Allahyarham selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Raudhatul Sakinah, Gombak, kira-kira jam 2:30 petang. Terdahulu, solat jenazah diadakan di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju,” katanya.

    Farid berkata, dia tidak menyangka sahabat yang dikenali sejak 20 tahun lalu di Kolej Muzik Antarabangsa (ICOM) begitu cepat meninggalkan mereka, sedangkan penyakit yang dialaminya baru dikesan dua bulan lalu.

    “Memang sebelum ini, Allahyarham merokok, tetapi sudah lebih 10 tahun berhenti. Tidak sangka begitu cepat Allahyarham pergi meninggalkan semua.

    “Doakan semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Nor Askiah Abdul Wahab, 66, dan tiga anak iaitu Jas Ong, 45; Hariz, 28; serta Myra, 24. – Agensi

    Frank atau nama Islamnya, Abdul Rashid Ong Abdullah dikesan menghidap kanser pada Oktober lalu dan kesihatannya mulai merosot sejak akhir-akhir ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda