Wednesday, March 19, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemain bola sepak Britain, Switzerland diberi status EU

    MILAN, 26 JULAI – Para pemain bola sepak Britain dan Switzerland yang bermain di Itali kini diberi status yang sama seperti warganegara Kesatuan Eropah (EU), menurut pengumuman yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Itali (FIGC) hari ini.

    Dalam kenyataan ringkas, FIGC mengumumkan keputusan tersebut diambil semasa mesyuarat Isnin lalu, dan ianya akan dilaksanakan bermula musim 2023/24 yang secara rasmi bermula pada awal Julai.

    Keputusan untuk mengubah status para pemain itu dibuat selepas permintaan daripada beberapa pihak kelab Serie A.

    Keputusan itu memberi kelebihan kepada pasukan-pasukan Itali semasa jendela perpindahan musim panas ini, kerana mereka dibenarkan untuk membeli tidak lebih daripada dua pemain bukan warganegara EU setiap musim.

    AC Milan baru-baru ini menandatangani Ruben Loftus-Cheek, tidak lagi dianggap sebagai warganegara bukan EU oleh FIGC. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda