ROM, 28 JUN – Pemain bola sepak di Itali akan dilarang memakai nombor 88 pada baju mereka sebagai sebahagian daripada inisiatif memerangi antisemitisme yang diumumkan kelmarin. No. 88 ialah kod berangka untuk ‘Heil Hitler’. Pada bulan Mac, seorang peminat yang memakai baju Lazio dengan nama ‘Hitlerson’ dan nombor 88 di atasnya telah dilarang seumur hidup

