TOKYO, 12 JULAI – Pemain bola sepak profesional tertua telah memutuskan bahawa beliau belum cukup umur untuk berhenti.
Penyerang, Kazuyoshi Miura, yang berusia 56 tahun, telah menandatangani perjanjian pinjaman baharu di Portugal, kelab divisyen dua Oliveirense disiarkan di media sosial, kelmarin.
Miura telah dipinjamkan daripada kelab Jepun Yokohama FC ke Oliveirense sejak Februari dan mencipta rekod sebagai pemain tertua liga Portugal apabila muncul dalam tiga perlawanan sehingga akhir musim pada bulan Mei.
Selain Jepun, Miura pernah bermain di Brazil, Itali, Croatia dan Australia. Bekas penyerang pasukan kebangsaan itu menjaringkan 55 gol dalam 89 perlawanan untuk Jepun.
“Miura Kazu meneruskan di UD Oliveirense,” kata pihak Liga Portugal 2 di Twitter, tanpa menyatakan tempoh kontrak baharu.
Tahun lepas, pemilik kelab J1 J1 Yokohama menjadi pemegang saham majoriti Oliveirense. – AP


