Thursday, December 26, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemain Brazil, Oscar kembali ke Sao Paulo

    RIO DE JANEIRO, 25 DIS – Pemain tengah antarabangsa Brazil, Oscar, yang bermain untuk Chelsea, kembali ke Sao Paulo, tempat beliau memulakan kariernya, umum pasukan itu kelmarin.

    “Selamat datang, Oscar, satu tambahan yang bagus,” tulisan di penghujung video yang disiarkan di akaun media sosial pasukan berkenaan.

    Oscar, dengan nama penuh Oscar dos Santos Emboaba Junior yang berusia 33 tahun telah menjadi ejen bebas selepas menghabiskan lapan musim di Shanghai Port, China selepas meninggalkan Chelsea.

    Pemain tengah menyerang itu memulakan kariernya di Sao Paulo dan membuat penampilan sulung pasukan utamanya pada 2008.

    Dua tahun kemudian, beliau berpindah ke kelab Brazil lain, Internacional de Porto Alegre, dalam satu langkah kontroversi yang mencetuskan pertikaian undang-undang yang panjang.

    Pemenang pingat gangsa Olimpik bersama pasukan B-23 Brazil di Sukan London 2012 itu kemudiannya berpindah ke England, menyertai Chelsea, di mana beliau menjaringkan 38 gol dalam 203 perlawanan.

    Dalam empat setengah tahun bersama The Blues, beliau memenangi empat trofi, termasuk dua gelaran Liga Perdana (2014-2015 dan 2016-2017), Liga Europa (2013), dan Piala Liga Inggeris (2015).

    Oscar menjaringkan 12 gol dalam 48 perlawanan untuk Brazil. Yang paling terkenal ialah beliau satu-satunya pemain yang menjaringkan gol semasa dalam kalah 7-1 kepada Jerman pada separuh akhir Piala Dunia 2014 di tanah air. – AFP

    Reaksi Oscar dari Shanghai SIPC selepas meraikan gol semasa perlawanan Liga Juara-Juara AFC Melbourne Victory di Shanghai, China pada Februari 2018. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda