BEIJING, 25 Julai – Para pemain China telah mendominasi perlawanan pusingan pertama di atas gelanggang keras WTA Terbuka Jiangxi di bandar Nanchang, China.
Pemain pilihan kedua, Peng Shuai dari China telah memenangi set pertama ke atas Kurumi Nara dari Jepun 7-5 sebelum tewas 4-6 di set kedua, kemudian meraih kemenangan dengan 6-3.
Nara bersaing sengit dengan lawannya.
Sementara itu Wang Qiang juga menewaskan pemain dari Britain, Harriet Dart dalam dua set, ketika Han Xinyun menewaskan lawannya dari Thailand, Peangtarn Plipuech.
Namun, gandingan Rusia-Australia, Alla Kudryavtseva dan Arena Rodionova menewaskan gandingan beregu China, Liu Chang dan Lu Jia-Jing dengan dua set (6-4, 7-6). – AFP