Pemain Cuba berpaling tadah

HAVANA, 10 SEPT – Lima orang pemain bola sepak Cuba berpaling tadah selepas pasukan itu dibelasah 6-0 oleh Kanada pada saingan Liga Negara-Negara CONCACAF di Toronto, menurut laporan televisyen Cuba.

Yordan Santa Cruz, Andy Baquero, David Urgelles, Orlendiz Benitez dan Alejandro Portal kesemua meninggalkan kem pasukan menjelangnya perlawanan hujung minggu ini, menurut satu laporan, yang menggambarkan paling tadah itu sebagai ‘mengecewakan’.

Santa Cruz dianggap sebagai antara pemain terbaik dalam bola sepak Cuba, manakala Baquero pula merupakan sebahagian daripada pasukan Cuba yang layak bagi Piala Dunia bawah 20 tahun 2013. Paling tadah itu merupakan insiden terbaharu yang menghentam bola sepak Cuba dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Seramai 44 orang pemain telah berpaling tadah dalam tempoh 17 tahun, termasuk empat pemain yang meninggalkan pasukan semasa Piala Emas di Amerika Syarikat pada Jun. – AFP