Monday, February 10, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemain dram Dewa 19 curi tumpuan penonton

    Setiap kali pemain dram kumpulan Dewa 19, Tyo Nugros, muncul di layar, seisi stadium Axiata Area bertukar gamat dengan sorakan penonton.

    Menurut Utusan Online, Tyo Nugros yang sudah mencecah usia 53 tahun itu mencuri tumpuan penonton semasa persembahannya di konsert A Night At The Orchestra Dewa 19 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, baru-baru ini.

    Selepas konsert, nama dan video Tyo Nugros turut menjadi tular. Situasi sama yang pernah terjadi kepadanya semasa konsert Anniversary Tour 30 Years Of Dewa 19 tahun lalu.

    Ditanya apakah perasaannya apabila sekali lagi menjadi topik perbualan warganet, Tyo senyum malu-malu.

    “Sebenarnya semua itu terpulang kepada jurukamera,” jawabnya ringkas.

    Sementara itu, komposer dan ketua kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani mendedahkan akan ada pembantu yang mencuit kaki Tyo setiap kali wajahnya muncul di layar.

    “Akan ada yang cuit kakinya. Supaya ketika bermain dram dia akan senyum,” selorohnya.

    Persembahan Dewa 19 baru-baru ini turut diiringi pasukan orkestra Malaysia seramai 54 orang yang disifatkan Ahmad Dhani sebagai lebih baik berbanding pemuzik orkestra Indonesia.

    Band gergasi itu akan menyampaikan 34 buah lagu seperti Pupus, Hadapi dengan Senyuman, Roman Picisan, Risalah Hati, Arjuna, Kangen dan banyak lagi. – Agensi

    Pemain dram Dewa 19 buat penonton tak senang duduk. – Utusan Online
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda