LONDON, 28 MEI – Dua orang pemain Fulham telah didapati positif dijangkiti koronavirus dalam ujian terkini, kelab Liga Kejohanan (EFL) mengumumkan hari ini.
Liga Bola sepak England berkata ujian yang dijalankan ke atas 1,030 pemain dan kakitangan antara hari Isnin dan Rabu. Tiga individu telah didapati positif dari dua buah kelab.
“Pemain-pemain atau kakitangan tersebut yang diuji positif akan menjalankan pengasingan diri sejajar dengan garis panduan yang diberikan oleh EFL dan hanya mereka yang diuji negatif
akan dibenarkan untuk memasuki kemudahan padang latihan,” menurut kenyataan dari EPL.
Pasukan divisyen dua, Fulham mengumumkan dua dari pemainnya telah diuji positif. – AFP