Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 SEPT – Buat julung kalinya, NBT Brunei Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Golf Brunei Darussalam (BDGA) akan mengadakan Kejohanan Piala NBT 2022. Kejohanan yang akan berlangsung selama tiga hari itu akan diadakan pada 11 hingga 13 November 2022 bertempat di The Empire Brunei dan dibukakan kepada orang ramai.