Friday, March 14, 2025
32.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemain hoki ditahan disyaki pengintip

    WARSAW, 30 JUN – Poland menahan seorang pemain hoki warganegara Rusia kerana disyaki menjadi pengintip untuk Moscow ketika dia bermain untuk sebuah kelab di negara Kesatuan Eropah itu, menurut kenyataan kerajaan hari ini.

    “Lelaki yang ditahan itu ialah seorang atlet profesional dari kelab hoki divisyen satu,” menurut kenyataan kerajaan, dan menambah bahawa suspek, yang tinggal di Poland sejak 2021, telah didakwa dengan pengintipan dan ditahan reman selama tiga bulan.

    “Di wilayah Poland, dia menjalankan tugasan untuk pengintipan asing, termasuk mengenal pasti bangunan penting di beberapa buah wilayah,” tambah kenyataan.

    Warga Rusia itu ditahan pada 11 Jun di wilayah Silesian di selatan Poland, menurut kerajaan, tanpa memberikan butiran mengenai pasukan hoki yang disertai oleh suspek.

    Menurut pejabat pendakwa raya kebangsaan, seramai 14 orang telah ditahan sebagai sebahagian daripada penyiasatan berhubung ‘kumpulan pengintip yang bekerjasama dengan perkhidmatan khas Rusia’.- AFP    

    Gambar Freepik.

     

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda