Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    Pemain industri kesihatan Malaysia dipelawa melabur di Indonesia

    JAKARTA, 9 JUN – Menteri Perdagangan Indonesia, Zulkifli Hasan mempelawa para pemain industri kesihatan Malaysia untuk melabur di Indonesia.

    Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata pemain industri Malaysia perlu melihat potensi khususnya pembinaan hospital di luar dari Pulau Jawa.

    Perkara itu disampaikan beliau semasa pertemuan dua hala dengan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Pertemuan tersebut bertujuan untuk membincangkan Perjanjian Perdagangan Sempadan yang ditandatangani kedua-dua menteri di Putrajaya semalam yang disaksikan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Joko Widodo.

    Menurut Zulkifli, perjanjian itu akan mempermudahkan perdagangan sekali gus meningkatkan kesejahteraan masyarakat di sempadan Malaysia dan Indonesia.

    Kedua-dua negara kini akan meneruskan proses ratifikasi perjanjian mengikut peruntukan undang-undang di negara masing-masing sebelum dikuatkuasakan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...