Friday, September 20, 2024
34.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemain Inter tiba untuk Liga Negara-negara

    ROM, 13 JUN – Kontinjen pemain Inter Milan kelmarin tiba untuk tugasan Itali menjelang separuh akhir Liga Negara-negara menentang Sepanyol dua hari selepas kekalahan final Liga Juara-juara mereka.

    Pasukan Roberto Mancini akan menentang Sepanyol di Enschede, Belanda pada Khamis.

    Lima pemain Inter yang dipanggil – Nicolo Barella, Alessandro Bastoni, Federico Dimarco, Francesco Acerbi dan Matteo Darmian tiba di pusat latihan kebangsaan pasukan Itali di Coverciano, berhampiran Florence, selepas tewas dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara kepada Manchester City di Istanbul.

    “Fokus kami kini tertumpu kepada perlawanan Khamis ini,” kata pemain pertahanan, Acerbi dalam sidang media. “Kami menghormati Sepanyol, tetapi tiada rasa takut. Kami tahu kekuatan dan kelemahan mereka.”

    Juara Eropah Itali sedang berusaha untuk bangkit selepas gagal melayakkan diri ke Piala Dunia untuk kali kedua berturut-turut.

    “Tidak layak ke Piala Dunia mungkin salah kami. Kini terdapat Liga Negara-negara ini, kami mahu memenanginya, kami akan memberikan yang lebih untuk menjayakannya,” tambahnya.

    Mancini memberi penghormatan kepada bekas pemilik AC Milan, Silvio Berlusconi, yang meninggal dunia kelmarin pada usia 86 tahun. – AFP

    Gambar fail bertarikh 24 Mac 2022 menunjukkan reaksi Mancini semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 antara Itali dan Macedonia Utara di stadium Renzo-Barbera, Palermo. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda