Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Pemain legenda Celtics meninggal dunia

    NEW YORK, 2 JAN – Pemain legenda Boston Celtics, Sam Jones, seorang pemain pertahanan yang lincah dan penjaring dengan 10 gelaran NBA menduduki tempat kedua dalam sejarah liga, telah meninggal dunia pada usia 88 tahun, kata jurucakap pasukan pada Jumaat lalu.

    Jones, yang dimasukkan ke dalam Dewan Kemasyhuran Bola Keranjang pada tahun 1984, merupakan pencetus utama dalam dinasti Celtics pada tahun 1960-an, dengan purata 17.7 mata dan 4.9 rebound dalam perlawanan dan mendapat gelaran ‘Mr. Clutch’ kerana kehandalannya pada lewat perlawanan.

    Celtics berkata Jones meninggal dunia malam Khamis lalu di Florida, di mana ia telah dimasukkan ke hospital.

    Jones memenangi gelaran NBA dengan Celtics dari 1959 hingga 1966 dan pada 1968 dan 1969. Hanya rakan sepasukan lama dan pusat ikonik Celtics, Bill Russell, dengan 11 gelaran NBA, telah memenangi lebih daripada Jones.

    “Sam Jones akan dikenang sebagai salah seorang juara paling prolifik dalam semua sukan profesional,” kata pesuruhjaya NBA, Adam Silver. “Gaya permainan tidak mementingkan diri, prestasi mantap dan jaringan bank yang terkenal adalah ciri-ciri kerjaya yang luar biasa. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...