Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemain luar buat masalah di China

    SHANGHAI, 28 Jun – Oscar digantung bagi lapan perlawanan selepas satu pergaduhan. Carlos Tevez menghampakan peminat dengan melancong ke Disneyland sementara kelabnya bermain. Ezequiel Lavezzi dan Hulk menafikan anti-Cina.

    Tatkala Liga Super China (CSL) kini di peringkat separuh musim minggu ini, jutaan dolar yang dibelanjakan terhadap pemain-pemain import telah mencetuskan minat yang belum pernah terjadi sebelumnya, namun tajuk-tajuk utama telah didominasi oleh pemain-pemain asing yang berkelakuan buruk.

    Sementara tiada siapa pun belum lagi mengusir mereka keluar dari negara itu, pemain antarabangsa Brazil Oscar yang menerima denda besar kerana mencetuskan pergaduhan besar minggu lepas, bukanlah orang yang terkini yang membuat masalah.

    Pemain penyerang Beijing Guoan dari Turki, Burak Yilmaz diarah keluar padang Isnin lepas selepas dilihat menampar seorang pemain lawan ketika satu pergaduhan ketika perlawanan di tempat sendiri tanpa jaringan dengan Fabio Capello dari Jiangsu Suning.

    Sebelum kejadian berdarah itu berdarah itu, Oscar yang bernilai 60 juta euro dari Chelsea dalam pemindahan bulan Januari kelihatan hidup dengan baik di Shanghai SIPG dengan beberapa siri persembahan yang bagus.

    Oscar ketika terlibat dalam pergaduhan besar dalam perlawanan baru-baru ini. – AFP
    Oscar ketika terlibat dalam pergaduhan besar dalam perlawanan baru-baru ini. – AFP

    Lebih baik daripada Tevez yang setelah sekian lama gagal mengambil hati peminat di kelab jiran Shanghai Shenhua dan dikhabarkan mengintai satu langkah keluar dari China meski menandatangani satu kontrak yang dilaporkan bernilai AS$40 juta setahun dalam Januari.

    Lavezzi, seorang lagi pemain Argentina yang mendapat bayaran lumayan berikutan pemindahannya tahun lepas dari Paris Saint-Germain ke Hebei China Fortune diberitahu oleh Pertubuhan Bola Sepak China (CFA) bulan lepas untuk lebih mengawal selia kata-kata dan tindakannya selepas gambar-gambar promosinya digayakan dengan mata sepet, menyebabkan keberangan di media sosial.

    Sementara itu Hulk, meski menikmati sembilan gol CSL di padang bersama rakan senegara Oscar di SIPG juga diheret ke CFA bulan lepas atas dakwaan-dakwaan dia menumbuk penolong jurulatih Guizhou Zhicheng dan membuat komen-komen anti-China di lorong pemain pada rehat separuh masa. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda