Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Pemain Melaka United perlu kekal fokus’

    MELAKA, 6 JULAI – Pemain Melaka United FC perlu kekal fokus dan meneruskan momentum kemenangan pada perlawanan seterusnya selepas berjaya menewaskan Selangor FC 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Krubong kelmarin.

    Pemangku ketua jurulatihnya, Mohd Asri Ninggal berkata, kemenangan itu hasil permainan yang baik dan secara kolektif ditunjukkan anak-anak buahnya sebagai satu pasukan. Terdahulu pada aksi tersebut, dua jaringan pemain import dari Nigeria Ifedayo Olusegun berjaya membantu skuad Sang Kancil meraih tiga mata berharga dengan menundukkan pasukan Red Giants 2-0.

    Gol pertama Melaka United terhasil selepas beliau menyempurnakan umpanan Sony Norde di depan pintu gawang pada minit ke-39, sebelum Ifedayo terus menambah derita pasukan pelawat pada minit ke-57 menerusi serangan balas pantas dan jaringan terebut kekal hingga wisel penamat. 

    Mengulas mengenai prestasi Ifedayo, Mohd Asri berkata, pemain itu telah menyatakan keinginan untuk diturunkan bertemu Selangor walaupun masih dalam proses pemulihan akibat kecederaan yang dialami.

    “Tahap kecergasannya telah dipantau pasukan perubatan dan menunjukkan Ifedayo pada kondisi yang bersedia disenaraikan. Ternyata dia telah berjaya memberikan satu persembahan yang bagus,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda