Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pemain muda Annil tempuh cabaran di luar negara

    KUALA LUMPUR, 1 NOV – Menjadi pemain bola sepak profesional muda di negara asing, beribu-ribu kilometer (km) dari tanah air, sangat sukar dan mencabar.

    Itulah yang dihadapi pemain bola sepak Malaysia yang meningkat naik Annil Vigneswaran untuk mengejar impiannya sendirian di luar negara.

    Annil yang mengikat kontrak selama setahun dengan kelab divisyen tiga Jerman, SV Waldhof Mannheim baru-baru ini berkata walaupun bola sepak Malaysia telah mencapai kemajuan ketara, pemain asing masih mempunyai stigma terhadap penyertaan negara dalam perlawanan dan kejohanan peringkat antarabangsa.

    “Awda boleh menjadi sebaik pemain dari negara lain, tetapi mereka akan sentiasa memilih pemain dari negara terkenal dengan prestasi bola sepaknya, jadi awda perlu berusaha lebih keras daripada mereka.

    “Jika awda ingin mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama, awda perlu menunjukkan usaha yang lebih keras daripada orang lain, untuk menunjukkan bahawa awda mahu menjadi yang lebih baik,” katanya ketika dihubungi Bernama.

    Annil yang bermain bola sepak sejak berusia enam tahun berkata pada mulanya sukar baginya mengharungi latihan yang agresif, namun ia membantunya memperoleh kelebihan untuk memenangi pertandingan apabila melibatkan kekuatan fizikal.

    Pemain muda berusia 20 tahun itu mengakui bahawa menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu adalah sukar. – Bernama

    Annil Vigneswaran (kiri) semasa beraksi untuk SGV Freiburg dalam Bundesliga 2 Liga. – ANN/The Star
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...