EINDHOVEN, 5 MAC – Duo remaja berbakat Arsenal, Myles Lewis-Skelly dan Ethan Nwaneri bergabung kelmarin membantu The Gunners meraih kemenangan besar 7-1 menumbangkan PSV Eindhoven.
“Standard mereka terlalu tinggi untuk kami malam ini,” akui pertahanan Perancis PSV, Olivier Boscagli. “Mereka jauh lebih baik dalam setiap situasi (apabila) mereka masuk ke dalam kotak penalti kami, mereka menjaringkan gol.”
“Tiada peluang. Dikalahkan. Teruk,” kata jurulatih PSV Peter Bosz, merumuskan prestasi pasukannya.
Arsenal mendominasi permainan sejak awal. Pada mulanya, rembatan kencang Declan Rice ke dalam jaring PSV pada minit ke-11 telah dibatalkan setelah ofsaid, tetapi ia memberi bayangan ancaman yang akan datang.
Arsenal menghukum tuan rumah apabila Rice diberikan terlalu banyak ruang di dalam kotak penalti PSV, membolehkan dia membuat hantaran lintang mencari Jurrien Timber untuk membuat jaringan.
Pelawat menggandakan pendahuluan tidak lama selepas itu berikutan pertahanan Belanda yang longgar apabila Nwaneri menjaringkan satu lagi selepas menerima hantaran Lewis-Skelly.
Pertahanan PSV yang membosankan bertukar menjadi memalukan apabila Arsenal berjaya mencatatkan tiga gol hasil jaringan penyerang sementara Mikel Merino selepas lebih setengah jam bermain
Penyokong yang terkejut di Stadion Philips menerima secercah harapan namun sejurus sebelum separuh masa, PSV memenangi sepakan penalti selepas Thomas Partey dengan sia-sia memeluk kepala penyerang Luuk de Jong.
Penalti diberikan kepada PSV setelah Luuk de Jong dikasari dan Noa Lang tidak mensia-siakan peluang apabila merembat bola ke penjuru atas gol dan cuba merapatkan kedudukan 3-1.
Harapan u tuan rumah segera terhapus apabila Arsenal menjaringkan dua gol lagi dalam tiga minit pertama separuh masa kedua.
Nwaneri meluru masuk dari kanan melakukan hantaran lintang dan jatuh ke laluan Martin Odegaard.
Seterusnya menjadi terlalu mudah untuk Arsenal. Dengan 49 minit berlalu, Riccardo Calafiori menembusi pertahanan PSV, menemui penyerang Belgium Leandro Trossard, yang melakukan rembatannya dengan mudah.
Odegaard meraih satu lagi jaringan ketika PSV menyerah kalah, pemain Norway itu berlari tanpa dicabar di bahagian pertahanan sebelum melepaskan rembatan yang ditepis Benitez ke gawangnya sendiri.
Calafiori menambah kesengsaraan dengan gol ketujuh pada minit 85.
“Awda boleh kalah. Cuma bukan seperti itu,” kata kapten kelab, PSV De Jong.
“Semua orang marah tentang perkara ini. Peminat, pemain, percayalah cakap saya. Kami tidak gembira mengenai perkara ini,” tambahnya.
Di sebalik keselesaan Arsenal ketika ini, bakal menantinya adalah pemenang antara Real dan Atletico Madrid untuk cabaran Liga Juara-juara seterusnya. – AFP
