Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemain muda Dortmund bakal lakar sejarah di Liga Juara-Juara

    BERLIN, 13 OKT – Pemain Borussia Dortmund, Youssoufa Moukoko (gambar bawah) yang akan berusia 16 tahun pada 20 November ini, bakal melakar sejarah di Liga Juara-Juara bulan depan dengan menjadi pemain termuda dalam kejohanan itu.

    Pengarah sukan Dortmund, Michael Zorc mengatakan kepada German daily Bild “Kami akan memasukkannya ke dalam senarai pasukan B” untuk peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, dengan Dortmund akan menentang Zenit Saint Petersburg, Brugge dan Lazio dalam Kumpulan F.

    Moukoko yang berusia 15 tahun, sudah menjadi penjaring prolifik dalam bola sepak belia Jerman, tidak termasuk dalam senarai A kelab yang mendaftar untuk perlawanan Liga Juara-Juara. Namun, dia akan masuk dalam senarai B mereka, menurut peraturan UEFA, pemain berusia 16 tahun itu dapat bermain, dengan syarat dia telah berada di kelab itu sekurang-kurangnya dua tahun dan Moukoko telah menyertai Dortmund pada 2016.

    Dia akan berusia 16 tahun empat hari sebelum Dortmund menjadi tuan rumah menentang Brugge di peringkat kumpulan pada 24 November, ketika dia dapat menjadi pemain termuda dalam sejarah Liga Juara-Juara.

    Rekod itu kini dipegang oleh pemain Celestine Babayaro dari Nigeria, sekarang 42, yang berusia 16 tahun, 86 hari ketika dia bermain untuk Anderlecht menentang Steua Bucharest pada tahun 1994. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda