Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemain muda perlu buktikan kemampuan

    KUALA LUMPUR, 31 Dis – Pemain badminton perseorangan lelaki negara terutamanya pemain muda perlu mengubah mentaliti serta meletakkan sasaran tinggi dalam diri masing-masing supaya tidak berada di takuk lama.

    Jurulatih silih berganti, pelbagai usaha telah dilakukan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) namun prestasi pemain muda masih sama biarpun pelbagai peluang telah diberikan.

    Menurut ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek kesemua pemain muda di Akademi Badminton Malaysia (ABM) berbakat dan mempunyai masa depan cerah sekiranya mereka mengambil inisiatif mempelbagaikan kelebihan masing-masing di gelanggang.

    “Kebanyakan pemain di sini kesemuanya boleh bermain tetapi modal taktikal seperti bagaimana untuk cari mata, hindarkan diri daripada serangan lawan, mengambil kelekaan pihak lawan, modal itu yang tiada.

    “Semua pemain perlukan perhatian, diberi peluang bermain dan mahu menjadi juara. Mereka perlu ada sasaran dalam hidup dan karier mereka jika mahu berjaya,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

    Misbun berkata beliau sering mengingatkan anak buahnya sekiranya mereka mahu menjadi pemain senior, hanya dua pilihan yang ada iaitu sama ada mahu berkerja keras atau ketinggalan.

    “Kalau mahu menjadi pemain senior, anda perlu berusaha kalau tidak kamu akan tertinggal, jika kamu ketinggalan saya tidak peduli,” jelasnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda