Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemain New Zealand singkirkan Heraf

    WELLINGTON, 31 Julai – Jurulatih pasukan wanita New Zealand, Andreas Heraf meletak jawatan hari ini, menamatkan era terumbang-ambing, yang mencapai kemuncaknya apabila sebahagian besar pemain bintang menolak untuk bermain di bawahnya.

    Peletakan jawatan bekas pemain antarabangsa Austria itu berlaku ketika Persatuan Bola Sepak New Zealand (NZF) melancarkan siasatan mengenai aduan-aduan ke atas jurulatih berusia 50 tahun itu, yang ‘cuti khas’ sejak bulan Jun.

    Presiden NZF, Deryck Shaw telah menerima peletakan Heraf tetapi berkata persoalan akan terus timbul mengenai isu bertulis yang dibangkitkan daripada 13 pemain, yang berkata mereka tidak mahu bermain untuk New Zealand lagi jika Heraf masih memegang jawatan.

    “Sebahagian daripada peletakan adalah Andreas telah mengesahkan bahawa dia akan terlibat dalam penilaian semula dan kami akan melihat pada dapatan penilaian tersebut bagi menentukan penyelesaian bagi perkara ini,” kata Shaw.

    Heraf berhenti dengan serta-merta sebagai jurulatih pasukan dan pengarah teknikal New Zealand.

    Gambar yang diambil dari laman sesawang New Zealand Football menunjukkan jurulatih pasukan wanita New Zealand, Andreas Heraf, yang meletak jawatan selepas isu dengan pemain.

    Dia tidak memberikan sebarang komen di New Zealand, tetapi dalam satu temu bual baru-baru ini dalam akhbar Austria, Der Standard, dia mendakwa bahawa adanya ‘konspirasi berskala besar’ menentangnya.

    Para pemain memberitahu wartawan bahawa mereka perlu meminta izin daripada Heraf jika mahu meninggalkan meja makan, diteriak kerana membuat hantaran bola antara pemain pertahanan dan pemain tengah atau jika mereka membuat hantaran ke belakang kerana ia terlalu berisiko.

    Masalah-masalah dalam kem pasukan wanita mula bocor selepas jelajah mereka di Sepanyol pada bulan Mac, susulan pemain paling banyak membuat penampilan untuk New Zealand, Abby Erceg, bersara dengan penuh kekecewaan.

    Kritikan pemain memuncak pada bulan Jun selepas komen Heraf dalam kekalahan 3-1 kepada Jepun, di mana New Zealand diberitahu untuk bermain secara bertahan sepenuhnya.

    Heraf percaya mereka ‘mungkin tewas 8-0’ jika menggunakan pendekatan lebih positif dan berkata New Zealand, yang berada di ranking ke-20, ‘tidak akan pernah mempunyai kualiti untuk bersaing dengan pasukan Jepun yang berada di ranking ke-11, bekas juara dunia. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda