Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Pemain Sabah FC jangan tertekan, fokus perbaiki permainan

    KOTA KINABALU, 30 JAN – Pemain Sabah FC diingatkan agar tidak terlalu tertekan dengan keputusan perlawanan persahabatan awal musim dan harapan penyokong, sebaliknya fokus untuk terus memperbaiki permainan mereka, kata Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee.

    Ong berkata beliau amat memahami harapan peminat untuk Sabah FC mencapai kemenangan dalam setiap perlawanan dihadapi, namun masa ini pihaknya sedang mengenal pasti kelemahan dan kekuatan setiap pemain bagi menyediakan pasukan menghadapi Liga Malaysia musim ini.

    Menurutnya, kekalahan Sabah FC 0-1 kepada pasukan Liga Perdana, Kuching City FC dalam perlawanan persahabatan awal musim di Stadium Likas, di sini malam tadi tidak sepatutnya dijadikan alasan menekan pemain, sebaliknya menjadi pengajaran dalam memperbaiki permainan skuad.

    “Pasukan kami tewas dengan serangan balas ini pasti memberi kami pengajaran, yang paling penting keputusan bukan untuk malam ini tetapi bermula Liga Malaysia nanti kami tidak boleh mengulangi kesilapan atau tidak dapat jaringkan sebarang gol.

    “Ini lumrah pasukan tertentu bertahan melengah masa, bagi saya ini hanya suatu permulaan yang kami tidak boleh tertekan dengan situasi seperti ini, kami harus belajar,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu malam tadi. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...