RABAT, 1 Ogos – Pemain tengah Maghribi berusia 21 tahun yang juga beraksi di Piala Dunia, Amine Harit telah dihukum penggantungan selama empat bulan dan denda AS$900 atas kemalangan kereta yang membawa maut, menurut laporan media Maghribi lewat kelmarin.
Harit yang beraksi untuk kelab Bundesliga, Schalke 04, telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Marrakesh pada akhir Jun lalu yang menyebabkan seorang pejalan kaki terkorban.
Kejadian kemalangan itu berlaku semasa Harit bercuti di bandar pelancongan selepas beraksi di Piala Dunia Rusia.
Beliau merupakan sebahagian daripada skuad Maghribi yang tersingkir selepas tewas dua kali dan seri sekali dalam perlawanan pusingan pertama.
Sementara itu, Harit dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan semasa pertembungan antara Maghribi dan Iran meskipun Maghribi tewas.
Beliau dilahirkan di Perancis namun ibu bapanya berdarah Maghribi, Harit membuat penampilan pertama secara profesional pada 2012 bersama FC Nantes, sebelum menyertai Schalke 04 untuk tempoh empat tahun pada musim panas yang lalu. – AFP