Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemain ski Itali maut dalam kemalangan ketika latihan

    ROME, 16 SEPT – Pemain ski Itali, Matteo Franzoso, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan serius ketika menjalani latihan di Chile, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Persekutuan Ski Itali (FISI) kelmarin memaklumkan Franzoso terjatuh ketika melakukan aksi lompatan pada Sabtu, tiga hari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-26. Beliau melanggar dua jaring keselamatan sebelum menghentam pagar.

    Franzoso dimasukkan ke sebuah hospital di Santiago de Chile dan ditidurkan secara perubatan, namun doktor tidak dapat menyelamatkan nyawanya.

    “Ini satu tragedi buat keluarganya dan juga sukan kami,” kata Presiden FISI Flavio Roda dalam kenyataan itu.

    Franzoso mula menyertai Piala Dunia pada Disember 2021. Sejak itu, beliau membuat 17 penampilan dalam acara menuruni bukit dan Super-G, serta dua kali menamatkan perlumbaan dalam kelompok 30 terbaik.

    Ketika kejadian, Franzoso sedang membuat persiapan menghadapi musim baharu bersama pemain ski utama Itali, termasuk Dominik Paris, di kawasan ski La Parva berhampiran Santiago de Chile. – Bernama

    Gambar fail Matteo Franzoso bertanding semasa Super-G Piala Dunia Lelaki FIS Alpine Skiing di Wengen, Switzerland, pada 13 Januari 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda