Thursday, July 4, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Pemain skuasy negara raih prestasi cemerlang di Sabah

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JULAI – Para pemain skuasy Brunei telah meraih keputusan cemerlang dalam Kejohanan Skuasy Pesta Kaamatan 2024 yang berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, baru-baru ini.

    Dalam kejohanan berkenaan, Lim Kok Sheng, telah mendapat tempat keempat dalam kategori Terbuka Lelaki manakala Hamidah Ismail juga menduduki tempat keempat dalam kategori Terbuka Wanita.

    Sementara itu, pemain junior Brunei, Zachery Prabhakaran muncul johan bagi kategori Lelaki Bawah 13 tahun setelah menewaskan peserta dari Sarawak, Sebastian Chin, 3-1 dalam perlawanan akhir.

    Manakala Abang Huzairie Abang Ali membawa pulang pingat emas dalam kategori Squash57 setelah menewaskan peserta dari England, Neville Blackie dalam perlawanan akhir.

    Kejohanan itu menyaksikan penyertaan daripada lebih 100 orang pemain skuasy dari England, Indonesia, China, Malaysia dan Negara Brunei Darussalam dalam pelbagai ka-tegori yang dipertandingkan pada kejohanan berkenaan.

    Pemain skuasy Brunei bergambar ramai bersama pingat yang dimenangi semasa kejohanan tersebut. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ anjur pertandingan hapus kucing liar

    WELLINGTON, 3 JULAI – Pertandingan membunuh kucing liar yang diadakan secara tahunan di New Zealand dijangka diperluas tahun depan, kata penganjur acara hari ini,...