KUCHING, 29 Jun – Pemain profesional Malaysia dari Sabah, Ben Leong berkata beliau begitu teruja untuk beraksi pada Kejohanan Sarawak yang akan berlangsung di Damai Golf and Country Club Course di sini mulai 4 hinnga 7 Julai.
“Ia lapangan golf yang cantik dalam keadaan baik dan mempunyai pemandangan menarik dan saya yakin para pemain golf akan gembira bermain di sini,” kata Ben pada persidangan akhbar di sini hari ini. Ben menduduki senarai 40 dalam Jelajah Asia.
Ben berkata, beliau membuat keputusan untuk tidak beraksi pada Terbuka Korea minggu ini bagi memberi tumpuan pada Kejohanan Sarawak dan berharap menang sesuatu di sini.
Seorang lagi pemain golf profesional dari Sabah, Nicholas Fung berkata, beliau menyambut baik dengan tambahan baru Kejohanan Sarawak ke dalam Jelajah Asia, dengan matlamat untuk memenangi gelaran Jelajah Asia untuk kali kedua.
“Saya tahu Kerajaan Negeri Sarawak dan Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan telah berusaha sedaya upaya untuk menjadi tuan rumah Jelajah Asia dan kini ia menjadi kenyataan, ia baik untuk Sarawak dan pemain golf Malaysia.

“Budaya di Sarawak berbeza jadi para pemain boleh menjangkakan satu perubahan budaya yang amat baik berbanding di Kuala Lumpur di mana kita selalu adakan acara Jelajah Asia,” katanya. Lapangan berkenaan cukup menarik. Saya banyak kali bermain di lapangan Damai sebagasi pemain amatur, jadi saya memang menantikan saat itu,” kata Fung.
Kejohanan Sarawak adalah acara Jelajah Asia yang ketiga baru yang diumumkan tahun ini susulan Klasik Asia-Pasifik di China dan Kejohanan Golf Terbuka UMA CNS yang berlangsung di Pakistan.
Jelajah Asia turut mengenakan sekatan ke atas Terbuka New Zealand ISPS HANDA buat pertama kali awal tahun ini. – Bernama