Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Christian Eriksen sertai Wolfsburg

    WOLFSBURG, JERMAN, 9 SEPT – Pemain tengah Denmark, Christian Eriksen, telah menyertai kelab Bundesliga, Wolfsburg dengan kontrak selama dua tahun.

    Menurut kenyataan kelab kelmarin , pemain berusia 33 tahun itu menjadi pemain bebas musim panas ini selepas kontraknya bersama Manchester United tamat.

    “Wolfsburg merupakan kelab pertama saya dalam Bundesliga dan saya benar-benar menantikan pengembaraan baharu ini. Saya yakin kami boleh mencapai sesuatu bersama di Wolfsburg dimana perbincangan dengan pihak pengurusan kelab berjalan dengan sangat baik,” jelas Eriksen.

    Eriksen telah membuat 310 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris, termasuk ketika bersama Tottenham dari tahun 2013 hingga 2020 dan beliau juga pernah bermain untuk Ajax, Brentford dan Inter Milan.

    Pengarah Sukan Wolfsburg, Sebastian Schindzielorz berkata, “dengan kehadiran Christian Eriksen, kami memperoleh seorang pemain yang telah melihat dan mengalami segalanya di peringkat tertinggi”.

    “Pengalaman luasnya, kualiti di atas padang serta personalitinya akan menjadi suntikan berharga terutamanya kepada para pemain muda kami,” tambahnya.

    Eriksen pernah rebah semasa perlawanan pembukaan Denmark di Kejohanan Eropah 2021, dan beliau telah diselamatkan dengan alat defibrilator dan kemudian dipasangkan peranti implan untuk memantau degupan jantungnya.

    Setakat ini, Eriksen telah menjaringkan 46 gol dalam 144 penampilan antarabangsa. Wolfsburg akan menentang Cologne Sabtu nanti. – AP

    Aksi Christian Eriksen semasa perlawanan persahabatan menentang Lithuania di Stadium Odense, Denmark Jun lepas. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda