Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemain tenis remaja Australia lakar kejutan

    EASTBOURNE, 26 JUN – Emma Raducanu mengalami halangan menjelang Wimbledon apabila bekas juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) itu tewas mengejut di tangan pemain remaja Australia, Maya Joint, pada pusingan kedua di Eastbourne kelmarin.

    Selepas tahun sukar yang dibelenggu prestasi buruk dan masalah kecederaan belakang, Raducanu berharap untuk meningkatkan semangat saingannya di Eastbourne sebelum Wimbledon bermula Isnin.

    Tetapi bintang Britain itu tewas 4-6, 6-1, 7-6 (7/4) yang menyebabkan dia kekurangan latihan perlawanan menjelang Grand Slam padang rumput.

    Raducanu terlepas Terbuka Berlin minggu lalu kerana kecederaan belakang yang dialaminya sebelum Terbuka Perancis.

    Selasa lepas, pemain berusia 22 tahun itu menahan sebak selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan pemain AS, Ann Li di pusingan pertama Eastbourne, kemudian mengakui dia telah menghadapi dan mengatasi beberapa ‘berita buruk.’

    Pemain nombor 38 dunia Raducanu, yang memenangi Terbuka AS pada 2021, sedang meningkatkan prestasinya bagi kejohanan Wimbledon keempatnya, di mana dia telah dua kali mara ke pusingan keempat.

    Joint telah mengalahkan naib juara dua kali Wimbledon, Ons Jabeur pada pusingan pertama Isnin lalu dan pemain berusia 19 tahun itu turut menjadikan Raducanu sebagai mangsa berprofil tinggi kedua minggu ini.

    “Saya berasa agak letih. Hanya melalui beberapa situasi dan saya perlu melakukan yang terbaik untuk menumpukan fikiran saya dalam permainan menjelang minggu depan,” kata Raducanu. – AFP

    Aksi Joint semasa perlawanan tenis di Eastbourne, England pada 26 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda