KOTA KINABALU, 11 Julai – Kerajaan negeri Sabah sentiasa mengalu-alukan entiti hartanah swasta untuk meneroka pasaran hartanahnya, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Seri Hajiji Noor. Beliau berkata pelbagai inisiatif dan program diperkenalkan untuk menarik pelabur tempatan dan asing meneroka negeri ini seperti program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H). “Sejajar dengan inisiatif ini, kami turut menggalakkan pelancong dan warga asing, terutamanya mereka yang kerap ke Sabah, untuk menjadikannya rumah kedua mereka.