Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pemaju kod digesa gunakan alat AI

    BENGALURU, INDIA, 8 FEB – Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Satya Nadella dalam ucapannya kepada lebih 1,000 pemaju kod komputer India hari ini menggesa mereka menggunakan alat kecerdasan buatan (AI) syarikat yang digunakan dalam seluruh produknya.
     
    Bercakap di Bengaluru, ‘Lembah Silikon’ India, Nadella berkata lebih daripada 13.2 juta pemaju India kini berada di GitHub, perkhidmatan penganjur Internet untuk pembangunan perisian, yang berada di tempat kedua di belakang Amerika Syarikat (AS), dan India mungkin akan berpindah ke tempat pertama menjelang 2027 atau 2028.
     
    Nadella berkata Microsoft Corp. menjangkakan penggunaan AI boleh membantu mencapai 10 peratus, atau AS$500 bilion daripada sasaran KDNK India untuk 2025. Dia tidak mengulas lanjut.
     
    Microsoft sedang membina pusat data keempatnya di India berhampiran bandar Hyderabad, tempat Nadella dibesarkan.
     
    Ia sudah pun mempunyai pusat data di Mumbai, Pune dan Chennai. Nadella akan melawat Hyderabad sebelum kembali ke AS. “Pelaburan kami di sini jelas bermula dengan infrastruktur asas itu sendiri,” kata Nadella. Perkongsian Microsoft dengan OpenAI, pembangun ChatGPT, memberikannya permulaan yang baik dalam ledakan yang melibatkan AI generatif, tetapi gergasi perisian itu menghadapi persaingan daripada Google dan pesaing lain.
     
    India adalah pasaran utama untuk Microsoft. Perdana Menteri India, Narendra Modi bertemu dengan Nadella semasa lawatan ke AS pada Jun lalu. Microsoft berkata AI adalah antara topik utama yang dibincangkan. – AP
     
    Satya Nadella bercakap pada acara di Chatham House di London pada 15 Januari 2024. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...