Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemakaian pelitup muka diwajibkan semula

    MADRID, 9 JAN – Memakai pelitup muka akan diwajibkan sekali lagi di hospital dan kemudahan penjagaan kesihatan lain di Sepanyol mulai esok, kata kementerian kesihatan kelmarin ketika negara itu menghadapi wabak selesema.

    Dekri tersebut diumumkan selepas mesyuarat antara kementerian kesihatan dan wakil-wakil wilayah di negara itu, yang mengawal sistem kesihatan mereka sendiri.

    Sepanyol, yang terjejas teruk oleh gelombang pertama COVID-19 pada 2020, telah mempertimbangkan langkah tersebut selama beberapa hari tetapi keputusan muktamad tertangguh oleh perselisihan pendapat dalam kalangan wilayahnya.

    “Sejak pandemik berlaku, kami telah mengambil iktibar,” kata Menteri Kesihatan Sepanyol, Monica Garcia selepas mesyuarat itu.

    “Kami telah berfikir masak-masak mengenai isu pelitup muka bagi melindungi terutamanya pusat kesihatan dan hospital, untuk melindungi pesakit dan ahli profesional (penjagaan kesihatan).”

    Pemakaian pelitup muka adalah ‘langkah yang efektif dan masuk akal, yang disokong oleh bukti saintifik dan disambut baik oleh orang awam’, tambahnya.

    Garcia dalam satu catatan di X pada Jumaat lalu telah menyatakan sokongannya untuk kembali mewajibkan pemakaian pelitup muka di kemudahan penjagaan kesihatan.

    Wilayah timur Valencia dan Catalonia juga mengatakan pada Jumaat bahawa mereka akan menetapkan pemakaian pelitup muka bagi pekerja penjagaan kesihatan dan pesakit.

    Selama beberapa hari, para doktor di Sepanyol telah menyatakan kebimbangan mengenai peningkatan kes selesema, serta COVID dan virus pernafasan lain. – AFP

    Orang ramai memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga semasa menunggu temu janji doktor di dalam hospital di Barcelona, ​​Sepanyol, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda