Salah seorang daripada tiga atlet memanah Negara Brunei Darussalam (kiri) ketika bersaing di Kejohanan Memanah Terbuka Singapura 2019.
Negara diwakili oleh Mohammad Shah Rezza bin Nassaruddin bagi Kategori Compound 50 Meter, manakala KhairulAriffin bin Haji Baha dan Muhammad Azry Masria Al-Asri bin Haji Masri bagi Kategori Recurve 70 Meter.
Pasukan Brunei telah berjaya meraih kedudukan 40 terbaik daripada 200 penyertaan antaranya dari Singapura, Filipina, Malaysia, Australia dan Rusia. – Oleh Muiz Matdani