Friday, January 31, 2025
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemanasan global membimbangkan

    PARIS, 8 JUN – Rekod pelepasan gas rumah hijau yang tinggi dan pencemaran udara yang semakin berkurangan telah menyebabkan pemanasan global yang semakin membimbangkan, demikian amaran yang dikeluarkan oleh 50 saintis terkemuka hari ini dalam kemas kini sains iklim menyeluruh.

    Dari 2013 hingga 2022, “pemanasan yang disebabkan oleh manusia telah meningkat pada kadar yang tidak pernah berlaku sebelum ini melebihi 0.2 darjah Celsius setiap dekad,” lapor mereka dalam satu tinjauan kajian yang ditujukan kepada penggubal dasar.

    Purata pelepasan tahunan dalam tempoh yang sama mencecah paras tertinggi sepanjang masa sebanyak 54 bilion tan CO2 atau setara denga gas-gas lain, kira-kira 1,700 tan setiap saat.

    Pemimpin dunia akan berhadapan de-ngan data baharu pada sidang kemuncak iklim kritikal COP28 akhir tahun ini di Dubai, di mana ‘Pengambilan Stok Global’ pada rundingan PBB akan menilai kemajuan ke arah matlamat suhu Perjanjian Paris 2015.

    Penemuan itu nampaknya menutup peluang untuk mengehadkan pemanasan global di bawah sasaran 1.5C dalam perjanjian Paris, yang telah lama dikenal pasti sebagai landasan pengawal untuk dunia yang agak selamat iklim, walaupun masih dilanda impak yang teruk.

    “Walaupun kita belum berada pada pemanasan 1.5C, bajet karbon,” jumlah gas rumah hijau yang boleh dicetuskan manusia tanpa melebihi had itu, “kemungkinan akan habis dalam beberapa tahun sahaja,” kata pengarang utama Piers Forster, seorang profesor fizik di Universiti Leeds.

    Bajet itu telah menyusut separuh sejak badan penasihat sains iklim PBB, Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (IPCC), mengumpulkan data untuk laporan penanda aras terbaharunya pada 2021, menurut Forster dan rakan sekerja, yang kebanyakannya merupakan penyumbang teras IPCC. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda