Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemanasan global timbul cabaran keselamatan negara

    PARIS, 22 APRIL – Daripada respons terhadap bencana cuaca hingga persaingan semakin meningkat di Artik yang semakin panas, pakar keselamatan berkata bahawa tentera terdedah kepada perubahan iklim dan tidak boleh membiarkannya menjadi ‘kelemahan’ strategik.

    Kebimbangan semakin meningkat baru-baru ini di mana tindakan terhadap perubahan iklim tidak diambil serius ketika Eropah memperkukuh pertahanan dan Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada komitmen hijau mereka.

    Namun, jabatan pertahanan telah menekankan bahawa planet yang semakin panas menimbulkan cabaran keselamatan negara yang besar, dan tentera perlu menyesuaikan diri untuk bertindak balas terhadap ancaman yang berkembang ini.

    “Awda tidak boleh melarikan diri daripadanya. Iklim tidak peduli siapa presiden atau apa matlamat politik awda pada masa ini,” kata Pengarah Pusat Iklim dan Keselamatan yang berpangkalan di Washington, Erin Sikorsky,

    Di AS, pentadbiran Presiden Donald Trump telah mengeluarkan pemanasan global dari laman web kerajaan, penilaian ancaman perisikan terbaharu tidak menyebutkan perubahan iklim.

    Gambar Freepik

    Sikorsky berkata ia meninggalkan jurang strategik yang penting, terutamanya apabila berhadapan dengan kuasa tenaga boleh diperbaharui China dan perlumbaan untuk penguasaan di Kutub Utara, di mana kehilangan ais laut telah membuka laluan perkapalan dan akses kepada sumber.

    Di Eropah, pencerobohan Rusia ke atas Ukraine mencetuskan kebimbangan keselamatan tenaga dan mempercepatkan cita-cita banyak negara terhadap tenaga boleh diperbaharui.

    Namun, dalam beberapa bulan kebelakangan ini, negara-negara telah mengurangkan bantuan pembangunan antarabangsa, menyebabkan belanjawan iklim dipersoalkan apabila keutamaan perbelanjaan beralih kepada pertahanan dan perdagangan.

    Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock bulan lalu mengakui situasi geopolitik yang ‘sangat mencabar’ tetapi menegaskan tindakan terhadap perubahan iklim tetap menjadi ‘dasar keselamatan utama’.

    Negara itu merancang perbelanjaan ‘bazooka’ bernilai setengah trilion dolar untuk tentera dan infrastruktur, serta 100 bilion euro untuk tindakan iklim. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda