Tuesday, January 7, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemancing hanyut 12 jam di Sungai Rajang selepas terjatuh

    SIBU, 5 DIS – Seorang pemancing menghadapi detik cemas selama 12 jam hanyut di tengah Sungai Rajang selepas tergelincir dan terjatuh semasa memancing di Jambatan Durin kira-kira 30km dari sini petang semalam.

    Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata Davidson Miscol, 29, yang terjatuh ke sungai pada 4:30 petang ketika hendak mencuci kakinya, namun bernasib baik kerana mempunyai beg sandang untuk mengapungkan diri semasa dibawa arus deras sungai.

    “Dia tidak berdaya untuk berenang ke tebing kerana arus sungai agak deras dan hanyut selama 12 jam. Ketika sedang hanyut dia terlihat ada orang awam di tebing sungai dan seterusnya melambai tangan sambil menjerit minta pertolongan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 3:11 pagi hari ini dan pasukan keluaran operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral digerakkan ke lokasi.

    Andy berkata lelaki itu ditemukan terapung di seberang tebingan Waterfront Residence, lebih 31km dari lokasi dia dikatakan terjatuh.

    Tiga anggota bomba kemudiannya turun ke sungai dengan sebuah bot dan berjaya menyelamatkan pemancing itu pada pukul 4:13 pagi. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda