Tuesday, November 26, 2024
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemancing teruja selamatkan penyu

    LABUAN, 26 JAN – Seorang pemancing, Sidi Yusuf@Sidi Gambus teruja apabila dapat menyelamatkan seekor penyu sisik yang tersekat di pesisir pantai cetek di Kg Tanjung Aru Nelayan kelmarin.

    Sidi yang merupakan pesara kerajaan berkata beliau keluar memancing ikan di pantai itu pada kira-kira 6 pagi dan pulang pada sebelah tengah hari, apabila melihat reptilia itu dengan anggaran berat 20 kilogram tersekat dalam lumpur berpasir.

    “Saya segera mengangkat penyu itu yang panjangnya kira-kira 0.91 meter dan agar sukar untuk mengangkatnya kerana ia agak berat.

    “Saya percaya penyu itu telah berada di situ semalaman dan gagal untuk kembali ke laut berikutan air cetek,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Sidi berkata penyu itu kelihatan keletihan dan telah tersangkut beberapa jam tanpa makanan sebelum beliau melepaskannya semula ke laut.

    Taman Laut Labuan di Pulau Kuraman dan Pulau Rusukan Besar merupakan rumah bagi penyu karah (Eretmochelys Imbricata), penyu lipas (Lepidochelys olivacea) dan penyu agar (Chelonia Mydas). – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda