CHARLESTON, 24 MAC – West Virginia, yang mempunyai kadar penggunaan rokok dewasa tertinggi di negara itu, menjadi negeri ke-12 yang melarang merokok dalam kenderaan yang mempunyai kanak-kanak di bawah rang undang-undang yang ditandatangani oleh Gabenor Republikan, Jim Justice pada Jumaat.
Namun, perokok hanya boleh dikenakan denda sehingga AS$25 jika mereka disabitkan dengan kesalahan lain. Merokok dengan kehadiran kanak-kanak tidak boleh menjadi sebab utama pemandu ditahan polis.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), kira-kira 22 peratus orang dewasa di West Virginia merokok pada 2021, menurut data tersedia. CDC menyatakan tiada tahap pendedahan yang selamat kepada asap rokok kedua.
Justice tidak memberikan komen mengenai rang undang-undang tersebut, yang merupakan salah satu daripada 15 rang undang-undang yang ditandatanganinya pada Jumaat. – AP


