Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemandu ditahan cuba bunuh Biden

    WASHINGTON, 24 MEI – Seorang lelaki yang merempuh trak U-Haul yang mengandungi bendera Nazi berhampiran Rumah Putih telah ditangkap dan didakwa cuba membunuh atau mencederakan presiden, kata polis semalam.

    Pemandu itu nampaknya sengaja memandu memasuki tonggak jalan di luar Lafayette Park sejurus sebelum 10 malam pada Isnin, kata Polis Taman AS, sambil menambah bahawa tiada sesiapa yang cedera.

    Imej TV menunjukkan sepanduk swastika merah dan hitam ditemui semasa polis menggeledah trak itu.

    Presiden Joe Biden diberi taklimat mengenai situasi itu pagi semalam, kata jurucakap Rumah Putih, Karine Jean-Pierre.

    “Beliau berasa lega kerana tiada sesiapa yang cedera malam tadi dan berterima kasih kepada ejen dan pegawai penguat kuasa yang bertindak balas dengan pantas,” katanya kepada pemberita.

    Pemandu kenderaan itu dikenali sebagai Sai Varshith Kandula, 19, dari Chesterfield, Missouri, kata Polis Park dalam satu kenyataan.

    Ia berkata dia didakwa ‘menyerang dengan senjata berbahaya, mengendalikan kenderaan bermotor secara melulu, mengancam untuk membunuh atau mencederakan presiden, naib presiden atau ahli keluarga, pemusnahan harta persekutuan dan pencerobohan.’ – AFP

    Sebuah trak kelihatan melanggar sekatan keselamatan di sebuah taman di depan Rumah Putih di Washington pada 22 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda