KANADA, 13 JUN – Pemandu McLaren, Lando Norris percaya bahawa Formula 1 (F1) lebih menarik daripada sebelumnya, tetapi bimbang ia mungkin berubah dengan peraturan teknikal baharu untuk set jentera yang akan berkuat kuasa pada 2026.
“Perubahan peraturan terakhir yang kami lakukan pada tahun lalu adalah yang paling menarik antara pasukan pertama hingga pasukan terakhir,” kata Norris pada hujung minggu di Grand Prix Kanada. “Sekarang, baharu sahaja ia menjadi menarik, namun akan ada satu lagi perubahan.”
Max Verstappen dari Red Bull memenangi perlumbaan di Montreal, kemenangan keenamnya dalam sembilan perlumbaan musim ini dan nampaknya akan memenangi kejuaraan musim keempat berturut-turut. Pelumba Belanda berusia 26 tahun itu mencatatkan 50 kemenangan dalam 75 perlumbaan F1 terakhir.
Namun, sesetengah pemandu melihat persaingan semakin sengit dan tiga pemandu berbeza mendahului di Montreal.
F1 semakin diminati di Amerika Utara tetapi siri ini telah dikritik kerana mempunyai produk yang boleh diramal, di mana pemenang terlalu mudah diketahui dan kereta jarang dapat melepasi pesaing. Penguasaan Verstappen pula tidak berubah di kalangan peminat kasual.

Siri minggu lepas menggariskan satu set cadangan pengubahsuaian yang akan datang untuk 10 pasukannya pada 2026 yang dikatakan akan menjadikan kereta itu lebih ‘tangkas, berdaya saing, lebih selamat dan lebih mampan.”
F1 mengkhabarkan peningkatan penggunaan kuasa bateri, casis yang lebih ringan dan aerodinamik yang lebih baik kerana ia mencadangkan menukar enjin buat kali pertama sejak 2014.
“Awda boleh mempunyai jurang yang besar (dengan peraturan baharu) dan kemudian orang akan berkata, ‘Nah, ia hanya membosankan lagi,’” kata Norris, menurut Canadian Press.
“Apabila awda melihat keadaannya sekarang, ia mungkin sama menariknya seperti untuk masa yang sangat lama. Saya mahu seperti ini selama beberapa tahun, dan saya fikir ia akan jadi menarik untuk orang yang menontonnya, “ tambahnya.
“Semakin lama awda mengekalkan peraturan yang sama, semakin rapat antara pasukan jadinya,” kata Verstappen. “Jadi ‘26 mungkin akan menjadi set semula yang agak besar,” tambahnya. – AP