Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    ‘Perang siren’ ganggu penduduk dengan lagu Celine Dion

    WELLINGTON, 26 OKT – Pemandu kereta yang memainkan senarai lagu Celine Dion telah menggangu penduduk sebuah bandar kecil di New Zealand selama beberapa bulan dengan ‘perang siren’ yang bising pada lewat malam.

    Melodi penyanyi yang disayangi dari Kanada itu kehilangan daya tarikannya apabila dimainkan dengan kuat sehingga larut malam, kata penduduk, yang tidak dapat tidur di Porirua utara Wellington dan tempat tinggal kepada 60,000 orang.

    “Ia menyakitkan kepala kami,” kata Datuk Bandar Porirua Anita Baker kepada AFP, hari ini.
    Perang siren telah muncul di beberapa bahagian di New Zealand sekurang-kurangnya selama tujuh tahun.

    Media tempatan telah melaporkan tentang peserta – yang sering kali mempunyai hubungan keluarga dengan negara-negara Kepulauan Pasifik – menggunakan pembesar suara berbentuk siren besar pada kereta dan juga basikal untuk menengatasi satu sama lain dengan sistem berkuasa mereka.

    Mereka “suka Celine Dion”, kata datuk bandar.

    “Mereka suka sesiapa sahaja yang mempunyai nada tinggi dan suara yang hebat,” tambahnya. – AFP

    Gambar hiasan. – Freepik

    (Klik di sini untuk berita lanjut)

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...