Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemandu kereta api Jerman lancar mogok enam hari, sekali lagi

    BERLIN, 24 JAN – Pemandu kereta api Jerman sekali lagi menyebabkan perkhidmatan kereta api terhenti pada awal hari ini apabila mereka memulakan mogok enam hari untuk menggesa tuntutan mereka dalam pertikaian sengit dengan pengendali kereta api utama negara itu mengenai waktu bekerja dan gaji.

    Mogok oleh kesatuan GDL akan menjejaskan perkhidmatan kereta api penumpang dan kereta api barang yang dikendalikan oleh Deutsche Bahn milik kerajaan sehingga jam 6 petang pada Isnin depan.

    Kesatuan itu telah mengadakan mogok tiga hari pada awal bulan ini dan dua mogok pada tahun lepas yang berlangsung sehingga 24 jam.

    Hari ini, perjalanan kereta api di seluruh negara dan di banyak bandar terhenti sekali lagi dengan penumpang harian dan pengembara lain bergelut untuk mencari alternatif yang melibatkan perjalanan bas jarak jauh, kereta atau kapal terbang.

    Seperti mogok-mogok sebelumnya, kira-kira 80 peratus perkhidmatan kereta api jarak jauh telah dibatalkan dan terdapat sekatan yang besar pada perkhidmatan serantau, menurut Deutsche Bahn.

    Terdapat juga sekatan yang besar dalam perkhidmatan pengangkutan barang. – AP

    Sebuah kereta api diletakkan di luar stesen pusat di Frankfurt, Jerman, hari ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda