Thursday, June 8, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    Pemandu lemas, kereta jatuh sungai

    SIBU, 27 MEI – Pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat hari ini berjaya menemukan seorang lelaki dipercayai lemas setelah kereta yang dipandunya terjunam ke dalam Sungai Rajang, tengah malam tadi.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral, Suna Kahar berkata mangsa dikenal pasti sebagai Andy Ting King Dieng, 43, ditemukan kira-kira 2:55 dan pengecaman dilakukan oleh ahli keluarga mangsa, hari ini.

    Beliau berkata operasi selaman melibatkan lapan anggota bomba dan penyelamat bermula 8:57 pagi dengan kedalaman antara tiga hingga 11 meter sebelum lokasi kereta tenggelam tersebut berjaya dikesan.

    “Kereta tersebut berjaya dinaikkan menggunakan kren pada 3:49 petang dan didapati mangsa masih berada di dalam kenderaan. Pada 4:04 petang, mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. 

    Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Michael Tiang turut bergegas ke tempat kejadian dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. 

    Katanya, mangsa adalah rakan seperjuangannya semasa bertugas sebagai ahli Majlis Perbandaran Sibu dan berharap keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan tersebut. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia haram simbol Nazi

    SYDNEY, 8 JUN - Australia pada hari Khamis mengumumkan ia akan melarang pameran awam simbol Nazi, ketika negara itu bergumul dengan kumpulan kecil ekstremis...
    - Advertisment -