Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pemandu maut kereta rempuh trak bomba

    WALNUT CREEK, CALIFORNIA, 19 FEB – Seorang pemandu Tesla terbunuh dan seorang penumpang cedera parah semalam apabila kereta merempuh trak bomba yang diletak di lebuh raya California Utara untuk melindungi pekerja yang membersihkan serpihan dari kemalangan lain.

    Empat anggota bomba yang berada dalam trak apabila ia dirempuh di Interstate 680 menerima rawatan untuk luka ringan, kata Tracie Dutter, Penolong Ketua Bomba Contra Costa County.

    Pemandu disahkan mati di tempat kejadian, kata Dutter. Kereta itu perlu dipotong untuk mengeluarkan penumpang.

    Gambar menunjukkan bahagian depan kereta remuk dan tangga trak bernilai AS$1.4 juta juga mengalami kerosakan.

    Pegawai Peronda Lebuh raya California, Adam Lane berkata masih tidak jelas sama ada pemandu itu mabuk atau sama ada Model S Tesla itu dipandu secara automatik atau ciri-ciri bantuan pemanduan.

    Pentadbiran Keselamatan lalu Lintas Lebuh raya Nasional sedang menyiasat bagaimana sistem Autopilot Tesla mengesan dan memberi tindak balas terhadap kenderaan kecemasan yang terletak di lebuh raya.

    Kira-kira 14 kereta Tesla telah merempuh kenderaan kecemasan semasa menggunakan sistem tersebut.

    Kemalangan itu berlaku pada jam 4 pagi dan mengambil masa beberapa jam untuk membersihkan lebuh raya itu. – AP

    Gambar serahan Bomba Daerah Contra Costa menunjukkan anggota bomba bekerja di lokasi kemalangan yang membabitkan sebuah Tesla dan trak bomba awal pagi kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...